Perpustakaan Perubatan telah mula bertapak di Hospital Kota Bharu (pada masa itu) di satu ruang yang kecil bersebelahan dengan wad. Pada Oktober 2001, bermulalah satu sejarah baru perpustakaan ini dimana ia telah berpindah ke Balai Pelawat dengan keluasan 80 X 40 kaki persegi. Terdapat enam ruang utama di perpustakaan ini iaitu kaunter, ruang monograf, ruang bacaan, ruang teknologi maklumat, ruang jurnal dan bilik Pustakawan. Terdapat juga bilik rehat kakitangan dan tiga bilik stor.
VISI
Perpustakaan Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II Sebagai Perpustakaan Berprestij Tinggi Dan Bertaraf Dunia Seiring Dengan Kecemerlangannya Dalam Membekalkan Maklumat Dalam Era ‘Knowledge-Based’ Terutamanya Ilmu Perubatan.
MISI
Membina Insan Berilmu Maju Yang Cintakan Ilmu Pengetahuan Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat Dipupuk Melalui Pembacaan Demi Memupuk Kecemerlangan Minda Rakyat Malaysia Dalam Memperkayakan Ilmu Perubatan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami Akan Berusaha Bersungguh-Sungguh Untuk Menjadikan Perpustakaan Perubatan, Hospital Raja Perempuan Zainab II Sebagai Sebuah Pusat Maklumat Perubatan Yang Cemerlang, Gemilang, Terkini Dan Canggih. Hasil Tenaga Kami Akan Disalurkan Dalam Bentuk Perkhidmatan Yang Efisyen, Terkini Dan Berkualiti Sesuai Dengan Kehendak Pelanggan Kami.