Peraturan


  1. Semua warga HRPZII layak untuk menjadi ahli perpustakaan.
  2. Semua ahli dikehendaki mematuhi arahan dan peraturan perpustakaan semasa berada di dalam perpustakaan
  3. perpustakaan berhak menggantung atau menarik balik keahlian sekiranya ahli melakukan kesalahan yang serius di dalam perpustakaan.
  4. Perpustakaan berhak mengenakan caj (denda) sekiranya ahli tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  5. Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang persendirian yang ditinggalkan di dalam perpustakaan.
  6. Semasa di perpustakaan, pengguna tidak dibenarkan tidur, menghisap rokok, makan atau minum, mengganggu pengguna lain dan perbuatan lain yang boleh menimbulkan perasaan tidak selesa pengguna lain.
  7. Pengguna tidak dibenarkan menggunting mana-mana keratan akhbar sebelum meminta kebenaran pustakawan terlebih dahulu.
  8. Pengguna dilarang sama sekali menggunakan komputer di sudut IT untuk ‘chat’, melayari laman web lucah dan anti-kerajaan.
  9. Pengguna tidak dibenarkan menyimpan (save), memuat-turun (download) lagu-lagu, program atau file-file yang diragui membawa virus. Pihak pustakawan berhak untuk membuang mana-mana perkara berkenaan.
  10. Pengguna dikehendaki mematuhi Garis Panduan dan Tata Cara menggunakan internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan (PKPA Bil. 1/2003).
  11. Pengguna dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.
  12. Pelajar yang menjalani latihan praktikal di HRPZII tidak dibenarkan menggunakan komputer di ruang IT tanpa mendapat kebenaran pustakawan. Pelajar juga diingatkan mencatat butir-butir penting di dalam buku penggunaan komputer sekiranya dibenarkan menggunakannya.
  13. Pengguna yang menggunakan ruang IT dikehendaki mencatat nama, jabatan / unit, masa masuk dan keluar, tarikh dan tandatangan di dalam Buku Penggunaan Komputer.
  14. Pengguna hendaklah memastikan disket / thumb-drive / flash-drive / bahan-bahan yang dibawa discan terlebih dahulu sebelum membukanya. ini adalah untuk mengelakkan berlakunya serangan cecacing / virus.
  15. Pengguna juga tidak dibenarkan menukar / mengubah desktop atau sistem komputer sedia ada.